Archive for December, 2007

Cuti Semester dan Raya Haji

Sunday, December 16th, 2007

"Hidup mesti terus!"

Salam.

Sekarang cuti semester; dah nak habis dah pun. Tapi aku belum balik ke kampung halaman kerana ada beberapa urusan yang nak disudahkan.

Esok aku akan pulang ke Perlis sebaik sahaja urusan aku dan bank selesai. InsyaAllah akan bercuti sehingga 23 Disember 2007 (hari lahir adik aku yang bongsu). Memandu kereta ke Perlis biasanya memakan masa sekitar 7 jam. Kos minyak dan tol boleh mencecah sekitar RM150 sehala. 22 Disember kami sekeluarga akan bertolak ke Kuala Kangsar untuk menghadiri kenduri di sana.

24 Disember akan bermula semester baru, dan aku pasti lebih sibuk kerana semester depan aku akan membentangkan kertas kerja cadangan kajian ilmiah untuk Sarjana. Di samping itu aku akan bergelut dengan beban kredit yang lebih serta tugasan berkaitan pengambilan data bagi kajian ilmiah yang akan aku buat.

Tentang Aku

Friday, December 14th, 2007

"And again it’s me, myself and I.." sebahagian lirik lagu Girl Friday dendangan kumpulan Butterfingers yang jadi hiburan zaman remaja aku.

Kolum ‘Private Sphere’ ini adalah kolum untuk aku menulis hal-hal bersifat aku. Mungkin lebih banyak cerita sehari-hari tentang apa yang aku buat. Menulis adalah bahagian terapi untuk aku.

Sebagai tulisan awal di blog peribadi ini, aku rasa elok untuk aku kenalkan sedikit sebanyak latar belakang diri aku.

Nama aku mengikut sijil kelahiran, kad pengenalan dan lesen memandu, seperti yang telah dipilih oleh kedua ibu bapa aku - Noor Amin bin Ahmad. Dilahirkan pada 20 Februari 1982 di Hospital Besar Kangar, Aku adalah anak ketiga daripada 6 orang adik beradik.


Ayah, Ahmad bin Abdullah lahir pada 15 Oktober 1951. Ayah bekerja di banyak tempat dan yang terakhir di Mahkamah Tinggi Negeri Perlis. Kini telah bersara dan meneruskan kerja professional sebagai Pesuruhjaya Sumpah. Emak, Tengku Hamidah binti Mas Abdullah Akhir lahir pada 15 Mac 1950 dan kini adalah seorang pesara jururawat.

Abang sulung aku Noor Ariff bin Ahmad, lahir pada 31 Disember 1975 dan kini bekerja di Singapura. Sebelum ini dia pernah bekerja dalam pelbagai lapangan di Kuala Lumpur dan pekerjaan yang paling glamour sudah tentu sebagai pelukis majalah Boom dengan nama kartunisnya Eye (sebuah majalah kartun terbitan Ahadiat Akashah) dan sebagai pelukis di majalah Ujang (dengan nama kartunisnya Gandum).

Arwah kakak - Puteri Noor Akhmar binti Ahmad meninggal pada ketika umur aku 5 tahun. Jika dia masih hidup, usianya lebih 2 tahun daripada aku. Meninggal kerana demam panas. Al-Fatihah.

Aku punya 3 adik - 2 lelaki dan seorang perempuan. Adik aku yang pertama - Noor Akhbar bin Ahmad, lahir pada 26 Jun 1985. Akhbar menghidap sakit sawan sejak berusia 4 bulan. Seterusnya Mohamad Naim bin Ahmad, 6 Jun 1988 dan adik bongsu aku Puteri Noor Liyana binti Ahmad, 23 Disember 1990.

Aku tinggal dan membesar di Perlis sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia sejak tahun 2000 - Diploma Perhutanan, Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan dan kini Master Sains (Pengurusan Taman dan Rekreasi).

Minat aku pada soal kemanusiaan dan hal-hal yang bersangkutan dengannya. Dalam banyak masa aku habiskan untuk berinteraksi - maya atau nyata, serius atau santai, membaca, outdoor, muzik, menonton dan berfikir tentang persoalan ilmu dan isu semasa.

Selamat Datang

Friday, December 14th, 2007

"Mata pena lebih tajam dari mata pedang"

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana singgah di laman ini.

Notes From ‘Township’ (NFT) ini distrukturkan semula agar persembahan penulisan aku harapnya akan lebih baik. Kegiatan menulis aku sebenarnya telah bermula lama, waktu aku sendiri tidak faham akan kepentingannya.

Lebih dari sekadar soal diri, NFT akan memuatkan tulisan-tulisan aku dalam keluasan lapangan hidup seharian. NFT akan mewakili sisi pandangan aku, justeru insyaAllah ia tidak akan bersifat ‘copy and paste’.

Meraikan kepelbagaian, aku percaya penyatuan hanyalah kepada sistem yang mendokong Kemuliaan Insan dan Kewibawaan Ilmu. Dari hal ini, maka kebebasan bersuara dan hak berpendapat adalah keutamaan yang aku pegang.

Sudah pasti tulisan-tulisan yang termuat di sini adalah pandangan peribadi, tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau organisasi, dan cukup terbuka untuk direspon (yang harapnya membina dan mewakili semangat Kemuliaan Insan dan Kewibawaan Ilmu).

Sekian, selamat berlayar!

Amin Ahmad

+6012-4667658

siswa_nahdah@hotmail.com